About Us

Selamat sejahtera kepada semua pelanggan yang kami hormati, semoga hari anda ceria bersama yang tersayang. Selamat datang ke kedai kami SKY Homeware. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda di kedai kami. Jika anda sedang mencari barang kelengkapan dapur, periuk premium seperti DESSINI, BOSCH, VOGATI,GRANITO,  pinggan mangkuk branded & terkini, buffet/food warmer yg eksklusif & moden, di sinilah tempatnya. Bukan itu sahaja, kami juga merupakan pembekal barangan jenama YITHRA yang menjadi kegilaan ramai wanita diluar sana. Kami turut membekal barangan dapur ke negara Indonesia dan Brunei.

SKY Homeware ialah sebuah syarikat  milik 100% bumiputera, beroperasi di Tawau,Sabah . Kami adalah pembekal direct kilang, menjual secara runcit & pukal. Harga kami berpatutan dan servis kami sangat memuaskan kerana pelanggan adalah keutamaan kami, setiap parcel akan dibungkus dengan cermat dan teliti & dipos dalam masa yang ditetapkan. Semoga SKY Homeware terus teguh berdiri di hati setiap pelanggan, kerana kami menjual dengan jiwa, bukan kerana untung semata-mata. Kualiti barang menjadi keutamaan kami. 

Our History

Didaftarkan pada tahun 2015,SKY HOMEWARE mempunyai lebih daripada 4 tahun pengalaman di dalam memilih serta membekalkan barangan dapur & pinggan mangkuk terbaik pada masa kini. SKY HOMEWARE yang ditubuhkan oleh pengasasnya Tuan Jonni & Puan Cylla mempercayai bahawa sudah tiba masanya untuk membawa perubahan kepada citarasa barangan dapur di Malaysia. Tuan Jonni & Puan Cylla sangat menitikberatkan aspek keselamatan & kualiti sesuatu barang, bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata kerana pelanggan adalah keutamaan mereka. Setelah sekian lama, SKY HOMEWARE telah berkembang menjadi salah satu kedai dalam talian yang sangat digemari oleh kaum hawa di Malaysia. 

Pada awal tahun pertubuhan, kami bermula dengan hanya membuka kedai di dalam talian iaitu di Facebook dengan hanya 30 jenis barangan. Dengan menawarkan barangan yang berkualiti tinggi di pasaran Malaysia, permintaan bertambah diluar jangkaan. Kami mula diberi perhatian & berkembang dengan jayanya dari masa ke semasa. 

Menyedari akan potensi yang bakal dicapai, pada tahun ini, 2017, kami memulakan langkah yang besar dengan memulakan perniagaan kami secara dalam talian bertujuan untuk membawa pengalaman yang lebih baik kepada para pelanggan kami. Oleh itu, http://skyhomeware.shoppy.my/ telah ditubuhkan. Semoga dengan adanya website ini akan memberikan pengalaman yang lebih menarik & yang paling penting memberi kesenangan kepada pelanggan-pelanggan kami untuk membeli belah! 

Bukan itu sahaja, syarikat kami terus melangkah maju apabila melancarkan satu jenama iaitu YITHRA di bawah kelolaan SKY Homeware. Jenama ini merangkumi  piring, mangkuk, gelas, buffet dan banyak lagi di masa mendatang.

Hari ini, SKY HOMEWARE menawarkan lebih daripada 300 jenis barangan dapur yang mampu mencairkan hati setiap suri hati lelaki; yang paling penting selamat, elegan & bebas kimia!

 

Our Team

TUAN JONNI & PUAN CYLLA ~ FOUNDER SKY HOMEWARE & YITHRA HOMEWARE

MS FEMY  ~  SALES & MARKETING DEPARTMENT ( 010 718 7789 )

MS MYRA ~ CUSTOMER SERVICE DEPARTMENT (ORDER) - ( 014 579 7789 )

MS VELIN ~ CUSTOMER SERVICE DEPARTMENT (INSTALMENTS & ORDER ) - ( 013 777 2263 )

MR TOMMY ~ PACKER I (089 705877)

MR ELWIN ~ PACKER II (089 705877)

MR MENCEN ~ PACKER III (089 705877)

MR BRYAN ~ PACKER IV (089 705877)

MR BRANDON ~ PACKER V (089 705877)

MR NICK ~ PACKER VI (089 705877)

 

Our Products

Antara barangan yang menjadi best seller SKY HOMEWARE ialah:-

  • PIRING, MANGKUK & GELAS JENAMA YITHRA
  • PERIUK BERJENAMA DESSINI, VOGATI, BOSCH, DLL.
  • PERIUK CERAMIC
  • PERIUK BATU / GRANITO
  • BARANGAN AS SEEN ON TV YANG VIRAL
  • PERIUK STAINLESS STEEL / ALUMINIUM / NON-STICK
  • PELBAGAI JENIS KOLEKSI BUFFET@FOOD WARMER GOLD / SILVER
  • HOT POT
  • PARTY SET
  • SOUP POT ELECTRIC WARMER
  • BARANGAN ELECTRIC
  • PRESSURE COOKER
  • ELECTRIC GRILL
Our Guarantees

**BARANG-BARANG YANG DIBELI TIDAK BOLEH DITUKAR DENGAN WANG TUNAI ATAU BARANG-BARANG LAIN. SILA PASTIKAN ANDA MEMILIH BARANG YANG BETUL SEBELUM MEMBUAT TEMPAHAN.

 

SILA BACA DENGAN TELITI POLISI CLAIM:-


Utk pengeposan menggunakan CITYLINK ke SEMENANJUNG & SABAH SARAWAK (ADA WARRANTY JIKA BRG YG SAMPAI PECAH / ADA MAJOR DEFECT)

(POS UDARA @ DOMESTIK ke  SARAWAK & SEMENANJUNG (TIDAK ADA WARRANTY JIKA BRG YG DIPOS PECAH/ADA DEFECT)


Kepada semua RE-SELLER & CUSTOMER,
Sila baca dengan teliti polisi claim SKY HOMEWARE :-

Kami hanya bagi masa selama 24jam sahaja dari tarikh terima barang untuk sebarang complaint mengenai barang defect/pecah. Selepas menerima barang, anda diwajibkan untuk memeriksa terus barang2 belian anda & pastikan semuanya berada di dalam keadaan yang baik (barang yg dihantar cukup / tiada pecah / tiada major defect)

Selepas 24jam, kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerosakan/masalah yang timbul mengenai barang yang diterima. Sebagai contoh; terima barang dari pihak courier 1 Jan, pukul 1 petang, sebarang masalah defect/barang pecah/major defect wajib maklumkan kepada kami pada 2 Jan, sebelum pukul 1 petang. Kami hanya bagi masa 24JAM shj. Lebih dari 24JAM kami tidak akan menerima sebarang rayuan/complaint.
*Hal yang sama untuk pengeposan menggunakan Bas Express.

Anda harus 

Kami berharap semua Pemborong, Agent & Customer dapat memberi kerjasama yang baik untuk mengelakkan sebarang konflik & salah faham mengenai polisi Courier ini.

Terima kasih.

Our Achievements

Bermula dengan menjadi pengedar kecil-kecilan, syukur SKY HOMEWARE telah melebarkan sayap menjadi salah satu pengedar & pemborong barang dapur & pinggan mangkuk terbesar Malaysia. Semua barang-barang kami direct kilang & harga yang kami tawarkan adalah sangat2 murah & berpatutan. Semua orang boleh memiliki pinggan mangkuk & barang dapur yang berkualiti dengan harga patut.

Permintaan terus bertambah dari masa ke semasa & kami di SKY HOMEWARE terus memberikan servis yang terbaik utk reseller & customer kesayangan kami. Pada tahun 2018, pemborong dan agent kami meningkat kepada hampir 1,600 orang, satu pencapaian yang sangat besar kepada kami & kami sangat berbangga kerana agent-agent kami sangat komited dalam menjalankan tugas & tanggungjawab mereka.

Tuan Jonni & Puan Cylla adalah pengasas SKY HOMEWARE dan mereka sangat menitikberatkan kualiti sesuatu barangan yang dijual. Mereka banyak memperkenalkan barangan yang unik & berkualiti tinggi serta selamat untuk kegunaan harian.

Semoga SKY HOMEWARE akan sentiasa berdiri teguh di hati setiap customer, Izin Tuhan.

Kami di SKY HOMEWARE sangat mengalu-alukan "feedback" dari customer kami, semoga servis perkhidmatan kami akan sentiasa diperbaiki kerana apa yang paling penting kepada kami ialah kepuasan pelanggan kami.